19 May 2008

Semalam dan hari ini

Semalam, bayar saman speed trap RM 300 kat balai polis Machang. Kemudian, bayar bil air RM 4.80 dan bil elektrik RM 16.74. Tapi bengkak hati betul. Diorang cas RM 16.80. Dah banyak kali bil digenapkan dan merugikan aku. Memang dasar merompak wang secara halus. Petangnya pergi memancing di Tok Bali, Pasir Puteh. Hanya aku dan Ajey yang memancing kat situ. Kenapa ya, biasanya setiap kali aku memancing kat sini begitu ramai kaki pancing di sepanjang muara? Ohhh, patutlah! Hari ni hari Ahad. Malamnya pula pindah memancing kat atas jambatan Tok Bali yang sejak sekian lama begitu sinonim dengan kaki pancing di serata Kelantan. Sampai sana, kelihatan sudah ramai para pemancing tegar di kiri-kanan jambatan. Memang meriah. Malam ini hanya dapat naikkan 2 ekor anak ikan. Bosan kerana pancing asyik tersangkut je. Balik rumah around 11.00 pm. Sampai umah kat kampung pukul 12.20 am dan terus tertidur sampai ke pagi [padahal tengahari (-.-)]. Hari ini, bayar sewa rumah RM 300 untuk bulan Mac, April dan Mei. Bagi kepada orang tua RM 50. Pastu pergi ke bandar Machang untuk membeli jel kristal untuk pokok begonia yang diambil kat kampung tadi. Tapi mengecewakan, 1 bandar Machang dijelajah. Tapi 1 kedai pun tidak menjual benda alah tu. Cadang pergi ke KB esok. Kat sana mesti ada jual benda alah tu. Petangnya sesudah balik dari bandar, menyusun perabot kat dalam bilik bujang. Memang penat giler buat kerja nih sorang-sorang. Sampai berpeluh-peluh mata ini.

No comments: