13 May 2008

Hari yang hampir sempurna


Syukur, semalam dapat tidur dengan lena, even pukul 03.30 am baru masuk bilik. Pukul 09.30 am dikejutkan oleh panggilan telefon daripada HQ. Owhhh, awalnya log call arini! Dah ler semalam tido lewat, gara-gara mailbox penuh dan kena delete. Maklum le, kompeni provide mailbox space kecik je. Kalo tak delete, tak masuk le e-mail baru. Plus, internet yang disediakan nih slow bangat. Huh, nak bukak satu page pun kena tunggu dekat 5 minit. *sigh

Alamak, air tak keluar lagi daripada paip pagi ni. Air masih beku lagi kot? Apa-apa hal pun, kena mandi jugak sebelum pegi keja. Nasib baik ada sedikit air dalam baldi. Selepas mandi, sempat lagi bermalas-malas sambil baring tengok TV. Tak ada apa rncangan yang menarik. Kemudian, bergegas ke tempat keja. Selepas semuanya selesai selepas 10 minit kemudian, memandu ke Kota Bharu.

Dan... bermulalah misi mencari laksam. Tetapi kenapa laksam, bukan nasi kerabu, bukan nasi lemak ataupun laksa? Aku pu tak tahu, kenapa semenjak dua menjak ni aku begitu berselera makan laksam. Ada rahsia di sebalik itu sebenarnya. Adehhh, mencari gerai yang menjual laksam tidaklah semudah yang disangka! Tanya pada seorang awek, kt mana the best laksam can be found in KB. Ada ke patut dia bagitau hotel-hotel as landmark macam mana nak pergi ke tempat yang dimaksudkan. Biol ke apa. Mana le aku tau nama-nama hotel tu semua kat KB nih.

Ahhh, aku putus asa mencarinya! Tak apalah tak dapat makan laksam kat KB hari ni. Kejap lagi boleh beli jugak kat bandar Machang. Dalam perjalanan pulang, ternampak gerai yang jual kuih akok. Dah lama betul aku tak makan kuih ni. Last time aku makan masa berbuka puasa tahun lepas. Beli le 5 biji akok perisa pandan dan 5 biji lagi perisa jagung. Wah, memang sedap giler kuih akok nih. Lemak manis disukai ramai.

Then, apa lagi, balik ke umah le. Akhirnya jumpa jugak gerai yang jual laksam sebelum sampai ke bandar Machang. Tercapai jua hajat aku nak makan laksam tengahari ni. Beli cekodok dan air tebu juga. Perghhh, sedapnya air tebu asli 100% ni, yang diperah terus masuk ke gelas. Kalau kat PJ dulu, belum tentu dapat jumpa air tebu asli camni. Tak sabar rasanya balik rumah, nak melantak makanan tersebut. Tengahari tu, melantak memang tak ingat punya. Maklum le, orang baru kebah daripada demam.

Tapi hari ini tidak sempurna kerana hajat nak pergi memancing tidak kesampaian kerana hujan yang begitu lebat pada sebelah petangnya. Kebosanan kembali...

No comments: