30 May 2008

Family gathering - Perhentian Island


Akhirnya, apa yang dirancang dan masa yang ditunggu tiba jua. Yang aku pasti, 3 hari 2 malam tidak akan cukup bagiku. Aku rindukan ketenangan kehidupan di pulau, yang jauh daripada kesibukan...

21 May 2008

keletihan...

Aduhhh, bangun pagi kaki terasa lenguh dan sakit yang amat! Ni gara-gara pergi shopping petang semalam. Nasib baik cuti hari Selasa dan dapat shopping dengan senang hati tanpa perlu bersesak-sesak dengan orang ramai

20 May 2008

Sexuality, what is yours?

I'm kinda boring now. So, this post should please be mind as a nonsense thing, just to fulfill my bloody boring in the early morning:- Some peoples get married at very young on age. And some of peoples not married at all, until the end of their life, either men or women. Why these all happen? Or simply to say as "fate"? Not too rude to mention, it has connection with their behaviour or taste of sexuality. Well, this is such a tough issue indeed. Watching Kindsey docu-movie may help us discovering the truth of human sexuality, our sexuality. It's worth watching!!!

Orang itu 2

hey orang itu,
tidakkah kamu mengerti,
akan perasaan ini,
begitu kesunyian tanpa kamu di sisi,
betapa kejamnya kamu ini,
sms yang dihantar tempoh hari,
tidak berbalas hingga tika ini, tapi aku tidak bosan menanti,
secebis berita darimu yang telah pergi,
entah ke mana membawa diri,
entah hidup entah mati,
malam ini begitu sunyi,
tiada lagi mimpi-mimpi,
nan indah pengubat diri..

Insomnia???

Aiyakkk, sudah pukul 3.00 am rupanya! Susahnya nak lelapkan mata. Pusing kanan, pusing kiri, telingkup sana, telingkup sini, korek sana, korek sini. Tapi tak lena jugak. Insomniakah aku? Bak kata budak dalam iklan di TV, "dia susah tidur lena." Perlukah aku terpengaruh dengan iklan tersebut, lalu membeli tilam berjenama Sultan kat Ikea? Nasib le Ikea tak ada cawangan kat sini...

19 May 2008

Semalam dan hari ini

Semalam, bayar saman speed trap RM 300 kat balai polis Machang. Kemudian, bayar bil air RM 4.80 dan bil elektrik RM 16.74. Tapi bengkak hati betul. Diorang cas RM 16.80. Dah banyak kali bil digenapkan dan merugikan aku. Memang dasar merompak wang secara halus. Petangnya pergi memancing di Tok Bali, Pasir Puteh. Hanya aku dan Ajey yang memancing kat situ. Kenapa ya, biasanya setiap kali aku memancing kat sini begitu ramai kaki pancing di sepanjang muara? Ohhh, patutlah! Hari ni hari Ahad. Malamnya pula pindah memancing kat atas jambatan Tok Bali yang sejak sekian lama begitu sinonim dengan kaki pancing di serata Kelantan. Sampai sana, kelihatan sudah ramai para pemancing tegar di kiri-kanan jambatan. Memang meriah. Malam ini hanya dapat naikkan 2 ekor anak ikan. Bosan kerana pancing asyik tersangkut je. Balik rumah around 11.00 pm. Sampai umah kat kampung pukul 12.20 am dan terus tertidur sampai ke pagi [padahal tengahari (-.-)]. Hari ini, bayar sewa rumah RM 300 untuk bulan Mac, April dan Mei. Bagi kepada orang tua RM 50. Pastu pergi ke bandar Machang untuk membeli jel kristal untuk pokok begonia yang diambil kat kampung tadi. Tapi mengecewakan, 1 bandar Machang dijelajah. Tapi 1 kedai pun tidak menjual benda alah tu. Cadang pergi ke KB esok. Kat sana mesti ada jual benda alah tu. Petangnya sesudah balik dari bandar, menyusun perabot kat dalam bilik bujang. Memang penat giler buat kerja nih sorang-sorang. Sampai berpeluh-peluh mata ini.

16 May 2008

When there’s no tear to cry


When there’s no tear to cry,
This place always healing,
Life is on par,
But my heart still burning.

Breeze slowly whispering,
“You are not the one who grieving,
Close your eyes and listening,
Through the sound that I sending,
Your soul is landing,
On the right place to be..."


P/S: This is my 1st attempt writing poem in English. So bad bad bad

Orang itu...

Hey orang itu,
Dengarkanlah luahanku,
Tidakkah kamu mengerti akan perasaanku,
Yang dahagakan kasih-sayangmu,
Akan kupeluk erat tubuhmu,
Tika bayu menyapu, menjadikan kita bersatu,
Seperti mimpi nan syahdu.

Wahai orang itu,
Sesungguhnya hidup ini ketandusan,
Kasih-sayang kehampaan,
Bagai badai menelan,
Pasir halus di tepian,
Lalu hilang daripada pandangan.

Andai kita bersua mata,
Genggamlah erat tangan ini seraya berkata,
"Marilah kita sama-sama membina,
Istana cinta yang mulia,
Yang takkan pudar selamanya,
Demi cinta agung antara kita..."



P/s: Cubaan pertama menulis sajak cinta. Tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Jiwang siot!!!

14 May 2008

Kepenatan dan kegembiraan


Semalam dan hari ini begitu memenatkan, namun menggembirakan. Sedari awal pagi lagi keluar dari rumah ke KB(pukul 10.00 am,tak pagi sangat pun sebenarnya). Rasa amat mengantuk dah khayal ala-ala mabuk gam. Tidur lewat pada pagi sebelumnya, dalam pukul 04.00 am kot. Biasa le, melayan kwn2 kt YM conference.

Setelah siap kerja, telefon Ikhwan kalau-kalau dia nak ikut pergi memancing. Tapi menghampakan, dia ada hal kat Pengkalan Chepa, menemani adiknya interview keja. Pastu, diorang nak pegi main boling kat KB Mall. Daripada pergi memancing sorang-sorang, baik join diorang ke KB Mall. Tapi tak dapat main boling kerana masih standby on-call.

Dalam 15 minit kemudian dapat panggilan telefon daripada HQ. Dikehendaki ke Petronas kat Pasir Mas. Huh, potong stim betul!

Malamnya pula, memandu ke tanah tinggi Cameron bersama kedua-dua orang tua. Perjalanan jauh tersebut amat memenatkan bagiku yang sedia penat nih. Sampai kat Cameron pada pukul 12.30 pagi. Walaupun letih, tapi sukar melelapkan mata, dek kesejukan. Bermalam di kediaman sepupu kat kuarters Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands.

Petangnya keluar membawa orang tua jalan-jalan di sekitar pasar kat Brincang. Sebenarnya tak banyak benda yang hendak diperkatakan, selain benda yang sama setiap kali ke Cameron. Sebenarnya ini kali kedua aku ke sini dalam masa dua bulan. Benda tipikal dibuat kat sini, melawat ladang teh, kilang teh, ladang strawberi, sayur, bunga, kaktus. Oh ya, kali ini tak dapat melawat ladang lebah kerana sedang dibaik-pulih.

Balik agak awal, iaitu sekitar pukul 6.00 pm. Singgah sekejap kat rumah sepupu di Gua Musang. Aduh, orang tua nih, kalo dapat sembang, maunya ke pagi. Balik rumah agak lewat malam. Sampai je kat rumah, terus tertidur. Penat yang amat...

Apa-apapun, hari ini memang memenatkan, namun menggembirakan kerana aku berjaya menggembirakan orang yang aku sayangi.


Moral : Gembirakanlah kedua-dua ibubapa anda selagi hayat mereka ada.

13 May 2008

Hari yang hampir sempurna


Syukur, semalam dapat tidur dengan lena, even pukul 03.30 am baru masuk bilik. Pukul 09.30 am dikejutkan oleh panggilan telefon daripada HQ. Owhhh, awalnya log call arini! Dah ler semalam tido lewat, gara-gara mailbox penuh dan kena delete. Maklum le, kompeni provide mailbox space kecik je. Kalo tak delete, tak masuk le e-mail baru. Plus, internet yang disediakan nih slow bangat. Huh, nak bukak satu page pun kena tunggu dekat 5 minit. *sigh

Alamak, air tak keluar lagi daripada paip pagi ni. Air masih beku lagi kot? Apa-apa hal pun, kena mandi jugak sebelum pegi keja. Nasib baik ada sedikit air dalam baldi. Selepas mandi, sempat lagi bermalas-malas sambil baring tengok TV. Tak ada apa rncangan yang menarik. Kemudian, bergegas ke tempat keja. Selepas semuanya selesai selepas 10 minit kemudian, memandu ke Kota Bharu.

Dan... bermulalah misi mencari laksam. Tetapi kenapa laksam, bukan nasi kerabu, bukan nasi lemak ataupun laksa? Aku pu tak tahu, kenapa semenjak dua menjak ni aku begitu berselera makan laksam. Ada rahsia di sebalik itu sebenarnya. Adehhh, mencari gerai yang menjual laksam tidaklah semudah yang disangka! Tanya pada seorang awek, kt mana the best laksam can be found in KB. Ada ke patut dia bagitau hotel-hotel as landmark macam mana nak pergi ke tempat yang dimaksudkan. Biol ke apa. Mana le aku tau nama-nama hotel tu semua kat KB nih.

Ahhh, aku putus asa mencarinya! Tak apalah tak dapat makan laksam kat KB hari ni. Kejap lagi boleh beli jugak kat bandar Machang. Dalam perjalanan pulang, ternampak gerai yang jual kuih akok. Dah lama betul aku tak makan kuih ni. Last time aku makan masa berbuka puasa tahun lepas. Beli le 5 biji akok perisa pandan dan 5 biji lagi perisa jagung. Wah, memang sedap giler kuih akok nih. Lemak manis disukai ramai.

Then, apa lagi, balik ke umah le. Akhirnya jumpa jugak gerai yang jual laksam sebelum sampai ke bandar Machang. Tercapai jua hajat aku nak makan laksam tengahari ni. Beli cekodok dan air tebu juga. Perghhh, sedapnya air tebu asli 100% ni, yang diperah terus masuk ke gelas. Kalau kat PJ dulu, belum tentu dapat jumpa air tebu asli camni. Tak sabar rasanya balik rumah, nak melantak makanan tersebut. Tengahari tu, melantak memang tak ingat punya. Maklum le, orang baru kebah daripada demam.

Tapi hari ini tidak sempurna kerana hajat nak pergi memancing tidak kesampaian kerana hujan yang begitu lebat pada sebelah petangnya. Kebosanan kembali...

12 May 2008

Farewell My Hell!!!

Everything will soon turn black,
so here's my letter,
To get it off my chest,
Promise father, don't look back,
it's not for the better,
I know you tried your best.

Everybody seems so happy like they all share ,
something I haven't felt for years,
For long I've tried to just hold on but now I don't care,
I'm closing down my thoughts and fears,
Forgive me, life is cruel,
I'm leaving you.

Hear you little brother me,
you know I'm sorry,
for every high hand,
Give my love to mother,please
tell her not to worry,
I hope she'll understand.

So long, don't wait for me in vain,
What's wrong with being free from pain?
Be strong and live your lives like I never could,
Farewell, let the memories be nice,
To hell!? Don't think you go there twice,
I'm well off right here, it's more than good,
So Farewell...


P/S: Just a lyric

11 May 2008

Selamat Hari Ibu

Ibu, ibu,
Engkaulah ratu hatiku,
Bila ku berduka,
Engkau hiburkan selalu,
Ibu, ibu,
Engkaulah ratu hatiku...


Sempena Hari Ibu ini, marilah sama-sama kita mengenangkan jasa, pengorbanan serta kasih-sayang yang dicurahi mereka terhadap kita. Kepada yang masih mempunyai ibu di dunia ini, tunjukkanlah kasih-sayang kalian terhadap mereka. Nescaya kalian takkan berasa ralat kemudian hari. Bukannya susah untuk menerbitkan rasa sayang tehadap mereka. Fikirkan sejenak apa yang telah ibu kalian korbankan untuk kalian. Nescaya rasa sayang kalian terhadap mereka datang dengan sendirinya. Selamat Hari Ibu diucapkan!!!


P/s: Cesss, pandai menasihati orang lain. Diri-sendiri ni bukannya bagus sangat!!!

09 May 2008

12.00 pm: suddenly awaken, in tears, sneeze and sneeze. Ahhh, at last woken-up by sunlight through the window. What a beautiful sunny day. Shame, i can't enjoy the day outside. Today seems to be very bad day though...

Weak


Still feeling bad, uncomfortable, and weak caused of flu. Today I wanna stay on bed all day long...

05 May 2008

Sleeping disorder: how to overcome?

i've serious sleeping matter at night since over past few years. Any opinion how to overcome this? Come-on, I need ur input.:-)

Bloody boring!!!

It's 2 am already. But my eyes shining still. Bloody boring this moment. What should i watch on tv when no interesting program, what should i read when newspaper is staled? I ain't got no things to do, no place to go. So, better wanking than thinking. Hahahaha!!!

04 May 2008

Malehhh...

Be lazy day by day. Whether work day or off day, just staying at home all day long. Wake up so late for sure and loiter around till the sun goes down. Demmit, so lazy me! May somebody gimme motivation???