31 August 2008

sial, malang...

Esok dah mula puasa. Bulan depan dah nak raya. Tapi tiada apa yg tinggal untuk aku buat persiapan.
Kesialan menimpa hari demi hari. Terlampau banyak kesialan yang menimpa untuk diceritakan di sini. Aku berputus-asa dan bosan untuk meneruskan hidup. This is a big deal of life indeed...

51st Malaysia's Independence Day

today is 51st Malaysia's Independence Day. Lots of bullshit things happened on the big day. But who cares?

25 August 2008

Radiant System training

Radiant System training at HQ, SS 14, PJ from 25th-29th August 2008.

17 August 2008

Kepala pusing

Serabutnya kepalaku kini. Risau, sasau, lancau, kusut...
Somebody please help me!!!

09 August 2008

GloOmings day

pagi ini bertolak ke Puchong menaiki komuter. Abang Hairi hantar kitorang ke stesen komuter Rawang. Aku hulurkan sedikit duit untuk tuang petrol, tapi tak diambilnya. Aku betul-betul tersentuh dengan keikhlasannya membantu kitorang.
Semasa dalam perjalanan ke stesen komuter Rawang, cina kt bengkel tempat kereta aku tersadai telefon memberitahu estimate cost utk repair kereta tu berjumlah rm 6800, tak termasuk cat. Tidaklah begitu terkejut kerana aku sudah jangkakan kos repair sekitar rm 6000-7000, berdasarkan kerosakan yang dialami. Komuter dah nak sampai ke Bandar Tasik Selatan. So, better aku bersedia untuk turun. Maklum ler, komuter nih full house sampai ke pintu. Hujung minggu punya pasal.

08 August 2008

Tertekan




Sejak dari minggu lepas lagi, masalah demi masalah menimpa. Daripada yang kecil sehinggalah yang besar. Aku sangat tertekan. Kalau minggu lepas tidur selalu tak cukup (pukul 5 pagi baru masuk tidur). Sekarang pulak masalah lagi besar. Kereta merah dimasukkan ke dalam bengkel lagi (kat Lipis). Padahal baru 3 hari lepas baru dirawat dan dibayar RM 320 untuk tukar throttle body yang rosak.
Semalam punya cerita, aku terbabas masuk longkang dekat Lipis semasa menuju ke Puchong untuk melawat kakak sulung yang tidar sedarkan diri kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa pulang dari kerja 2 hari lepas.
Semasa kat Esso Melor, orang tua menelefon beritahu kakak sulung kemalangan dan tak sedarkan diri. Siap je kerja kat situ, aku terus bergegas ambil diorang di kampung, dan ambil Ayu di asramanya, terus memandu ke KL pada pukul 1.15 pagi 7 Ogos. Memang aku memandu dalam keadaan keletihan dan mengantuk pada waktu itu. Tapi aku tiada pilihan lain kerana nak sampai cepat di Puchong. Tapi malangnya, entah kenapa semua penumpang terlelap, termasuk aku. Sedar-sedar, keretaku telah berpusing ke sebelah kiri jalan lalu terjunam ke dalam longkang. Mengerikan. Masa tu lebih kurang pukul 4.30 pagi. Nasib baik ada pemandu lori yang sudi menarik kereta keluar daripada longkang.
Abang Hairi telefon, bagitahu yang dia akan datang bawa kami ke Rawang.
Tunggu punya tunggu, pukul 10.30 beliau sampai. Abang iparku memberitahu keretaku mengalami banyak kerosakan. Anggaran RM 6000 untuk repair semua tu. Kereta ditunda ke bengkel berhampiran. Aku terkedu, mana nak cari duit sebanyak tu. Bulan depan dah nak puasa. Bulan 9 raya pulak. Arghhh, aku buntu dan tertekan.
Abang Hairi membawa kami pulang ke rumahnya di rawang. Lega rasanya bila dah sampai. Aku terus terlelap sampai ke maghrib. Malamnya terus tertidur lagi dalam pukul 11.30 malam.
Pagi ni bangun tidur, rasa lain macam. Bengkak di kepala kerana terhantuk kat pintu kereta masa terjunam ke dalam longkang masih terasa. Orang tua perempuanku masih sakit tulang belakang. Risau aku dibuatnya. Nak hantar ke hospital, dia tak mahu.
Bila ler kitorang akan dihantar ke Puchong untuk melawat kakakku di sana? Tak sabar rasanya hendak ke sana.