08 August 2008

Tertekan




Sejak dari minggu lepas lagi, masalah demi masalah menimpa. Daripada yang kecil sehinggalah yang besar. Aku sangat tertekan. Kalau minggu lepas tidur selalu tak cukup (pukul 5 pagi baru masuk tidur). Sekarang pulak masalah lagi besar. Kereta merah dimasukkan ke dalam bengkel lagi (kat Lipis). Padahal baru 3 hari lepas baru dirawat dan dibayar RM 320 untuk tukar throttle body yang rosak.
Semalam punya cerita, aku terbabas masuk longkang dekat Lipis semasa menuju ke Puchong untuk melawat kakak sulung yang tidar sedarkan diri kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya semasa pulang dari kerja 2 hari lepas.
Semasa kat Esso Melor, orang tua menelefon beritahu kakak sulung kemalangan dan tak sedarkan diri. Siap je kerja kat situ, aku terus bergegas ambil diorang di kampung, dan ambil Ayu di asramanya, terus memandu ke KL pada pukul 1.15 pagi 7 Ogos. Memang aku memandu dalam keadaan keletihan dan mengantuk pada waktu itu. Tapi aku tiada pilihan lain kerana nak sampai cepat di Puchong. Tapi malangnya, entah kenapa semua penumpang terlelap, termasuk aku. Sedar-sedar, keretaku telah berpusing ke sebelah kiri jalan lalu terjunam ke dalam longkang. Mengerikan. Masa tu lebih kurang pukul 4.30 pagi. Nasib baik ada pemandu lori yang sudi menarik kereta keluar daripada longkang.
Abang Hairi telefon, bagitahu yang dia akan datang bawa kami ke Rawang.
Tunggu punya tunggu, pukul 10.30 beliau sampai. Abang iparku memberitahu keretaku mengalami banyak kerosakan. Anggaran RM 6000 untuk repair semua tu. Kereta ditunda ke bengkel berhampiran. Aku terkedu, mana nak cari duit sebanyak tu. Bulan depan dah nak puasa. Bulan 9 raya pulak. Arghhh, aku buntu dan tertekan.
Abang Hairi membawa kami pulang ke rumahnya di rawang. Lega rasanya bila dah sampai. Aku terus terlelap sampai ke maghrib. Malamnya terus tertidur lagi dalam pukul 11.30 malam.
Pagi ni bangun tidur, rasa lain macam. Bengkak di kepala kerana terhantuk kat pintu kereta masa terjunam ke dalam longkang masih terasa. Orang tua perempuanku masih sakit tulang belakang. Risau aku dibuatnya. Nak hantar ke hospital, dia tak mahu.
Bila ler kitorang akan dihantar ke Puchong untuk melawat kakakku di sana? Tak sabar rasanya hendak ke sana.

No comments: