14 May 2008

Kepenatan dan kegembiraan


Semalam dan hari ini begitu memenatkan, namun menggembirakan. Sedari awal pagi lagi keluar dari rumah ke KB(pukul 10.00 am,tak pagi sangat pun sebenarnya). Rasa amat mengantuk dah khayal ala-ala mabuk gam. Tidur lewat pada pagi sebelumnya, dalam pukul 04.00 am kot. Biasa le, melayan kwn2 kt YM conference.

Setelah siap kerja, telefon Ikhwan kalau-kalau dia nak ikut pergi memancing. Tapi menghampakan, dia ada hal kat Pengkalan Chepa, menemani adiknya interview keja. Pastu, diorang nak pegi main boling kat KB Mall. Daripada pergi memancing sorang-sorang, baik join diorang ke KB Mall. Tapi tak dapat main boling kerana masih standby on-call.

Dalam 15 minit kemudian dapat panggilan telefon daripada HQ. Dikehendaki ke Petronas kat Pasir Mas. Huh, potong stim betul!

Malamnya pula, memandu ke tanah tinggi Cameron bersama kedua-dua orang tua. Perjalanan jauh tersebut amat memenatkan bagiku yang sedia penat nih. Sampai kat Cameron pada pukul 12.30 pagi. Walaupun letih, tapi sukar melelapkan mata, dek kesejukan. Bermalam di kediaman sepupu kat kuarters Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands.

Petangnya keluar membawa orang tua jalan-jalan di sekitar pasar kat Brincang. Sebenarnya tak banyak benda yang hendak diperkatakan, selain benda yang sama setiap kali ke Cameron. Sebenarnya ini kali kedua aku ke sini dalam masa dua bulan. Benda tipikal dibuat kat sini, melawat ladang teh, kilang teh, ladang strawberi, sayur, bunga, kaktus. Oh ya, kali ini tak dapat melawat ladang lebah kerana sedang dibaik-pulih.

Balik agak awal, iaitu sekitar pukul 6.00 pm. Singgah sekejap kat rumah sepupu di Gua Musang. Aduh, orang tua nih, kalo dapat sembang, maunya ke pagi. Balik rumah agak lewat malam. Sampai je kat rumah, terus tertidur. Penat yang amat...

Apa-apapun, hari ini memang memenatkan, namun menggembirakan kerana aku berjaya menggembirakan orang yang aku sayangi.


Moral : Gembirakanlah kedua-dua ibubapa anda selagi hayat mereka ada.

No comments: