23 June 2008

Kembali...


Sudah lama betul aku tak mengemaskini blog. Sibuk yang amat. Sejak petrol naik harga, aku juga terpaksa mengerah kudrat kerja siang malam supaya sistem kat stesen minyak Petronas, Caltex, Esso dan Mobil dapat berjalan seperti sedia-kala. Tapi kehidupanku sudah tidak normal seperti sebelumnya, terpaksa keluar pagi balik malam. Memang memenatkan. Tambah lagi, sistem kat Stesen Petronas perlu dinaik-taraf. Alhamdulillah, semuanya telah berjalan lancar. Sekarang terpaksa sambung Preventive Maintenance untuk ExxonMobil, dan dijangka akan siap sepenuhnya pada bulan September. Aduh, lama tuh!!! Kadang-kadang, hari cuti pun terpaksa bekerja.
Sekarang, sudah tak ada masa terluang untuk melepak bersama kawan-kawan, pergi memancing, fotografi, konferen kat YM. Ikan-ikan dalam akuarium pun dah naik hairan, kerana tak ada masa untuk diorang bermanja denganku. Yang aku tahu, rokok kembali menjadi teman setia. Yang aku hairannya, penat mana sekalipun, aku tetap susah tidur awal waktu malam. Malam tadi terus tak dapat lelap hingga ke subuh. Apa lagi, aku telah memuat-turun banyak perisian kat telefon ni, daripada permainan yang tak best sehinggalah kamus Oxford yang amat berguna untuk orang yang bodoh bahasa Inggeris seperti aku. Mau habis terus ruang memori telefon nih dibuatnya.
Semalam pulak kereta buat hal. Terpaksa dihantar ke bengkel. Huh, duit lagi! Aku rasa kehidupan ini sudah tak ada seri. Nak pergi bercuti, jauh sekali. Gila! Ya, aku memang gila. Aku gilakan kehidupanku yang dulu, penuh dengan keseronokan dan kemalasan, walaupun kebosanan...

No comments: