Erkkk, kenapa ler malangnya nasibku. Baru jer letakkan kepala ke bantal dan layan mata. Tetiber henpon berbunyi. Alamak, panggilan daripada Radiant System service desk! Ada severity 1 case kat Esso Melor. Masalah dengan card transaction katanyer. Kenapa ler tak lodge report esok pagi jer. Kacau betul!
Dengan kemalasan yang sempurna, aku gagahkan diri juga ke site. Keteku masih tersengguk-sengguk. Cuba offkan overdrive. Memula ok, pastu masalah jadi balik. Lantak ler, janji aku sampai di site dengan selamat. Sepanjang perjalanan rasa sunyi. Maklum ler dah pukul 2330. Tak banyak kenderaan atas jalan. Sambil tu, layan Carburetor Dung sampai ke highest volume. Tak ketinggalan juga encik Dunhill yang setia menemaniku di saat-saat genting sebegini. Sori ler kepada mereka yang mengharapkan aku quit merokok. Frankly, 4 the time being, cigaratte is my only company, my loyal company 2 be exact. Kepala dah berserabut, boleh jadi reda bila layan sepam-dua. Mekasih sekali lagi encik Dunhill.
Kalo ikutkan hati aku, mau saja aku resign, dan terima tawaran orang British untuk kerja sebagai photographer di syarikatnya. Tapi masalahnya aku bukannya photographer yang pro. Lagipun mana ler aku reti berbahasa Inggeris dengan sempurna. Budak kampung yang selekeh. Cakap bahasa Melayu pun tunggang-langgang. Ahhh, lupakan! Itu tawaran 2 tahun lepas. Entah2 sekarang dia dah dapat photographer yang bagus, tak macam aku.
Sampai jer kat site, gelap-gelita. Dah tutup operasi rupanya. Tetiber muncul anak tauke dari dalam kedai. Intebiu ler dia apa yang patut. Rupa-rupanya, masalah berlaku selepas black-out tadi. Troubleshoot punya troubleshoot, ada 1 device yang kontrol credit transaction down. Akhirnya masalah dapat diatasi. Tengok jam dah hampir pukul 0100. Siap kerja, dok borak-borak kosong ngan dia sambil isap rokok. Wah, dah lama aku tak alami suasana cenggini. Seronok rasanya. Tapi dia tak boleh lama, kesian kat aku nak balik jauh katanya. Apa-apa jelah Hafiz.
Sampai umah dah pukul 0130. Tak mengantuk ler plak. Cemaner ni??? (-.-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment