bangun tidur pagi tadi, terus kemaskan apa-apa yang patut. Lepas tu sambung tidur sehingga tengahari (malam tadi tak dapat tidur lena, nyamuk punya pasal.)
Petangnya pergi ke site, Petronas di Jeli. Sampai saja kat site, hujan turun dengan lebatnya secara tiba-tiba. Terpaksa tunggu sampai hujan berhenti. Dalam 20 minit menunggu, matahari menampakkan diri. Panas sangat la pulak. Cuaca betul-betul tak menentu sekarang.
Habis saja kerja, terus memandu ke bandar Tanah Merah, menuju ke Maybank. Transfer RM 1.7K ke akaun Za. Dia perlukan duit nak beli laptop baru. Laptop lamanya rosak, mungkin terhempas dalam bas masa balik kampung tempoh hari agaknya. Dengan banyak soal, akhirnya aku setuju pinjamkan duit untuk beli laptop baru. Padahal tinggal hanya sebulan lebih lagi nak grad. Kalau ikutkan hati aku, tak mau bagi dia beli laptop baru. Memandangkan Ayu akan melanjutkan pelajaran pada bulan 5 ni, aku akur ngan kehendak Za. Nanti boleh Ayu guna katanya. Apa-apa jelah. Asalkan korang bahagia.
Sebelum balik ke rumah, singgah sekejap kat CIMB Machang. Draw RM 1.9K (kasi kt orang tua RM 100), sebab cadang nak survey kete baru kat KB esok, selepas siap kerja kat IPK. Dah tak tahan rasanya dengan kereta yang aku guna skarang. Lepas masalah ni ok, masalah lain pulak timbul. Minggu lepas baru perasan minyak brek bocor kat depan tayar sebelah kanan. Harap segalanya berjalan dengan lancar esok. Kalau ada masa terluang, mau rasanya ke Pesta Flora Kelantan yang sedang diadakan di Taman Orkid, Pengkalan Chepa. Tapi tak ada siapa la pulak yang nak temankan aku ke sana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment