05 April 2009

Ahad yang suwey!



Huh, banyak betul masalah yang menimpa hari ini. Memang suwey! Pagi ini bangun agak lewat, kira-kira pukul 1030 pagi. Overslept, sebab tidur yang sangat lena (tiada gangguan nyamuk lagi. Terima kasih Fumakilla ;-))
Ingat nak pergi ke IPK, tukar motherboard komputer kat sana. Lepas tu rancang survey kete kat Proton Edar (maklum ler, orang miskin macam aku mana ler mampu beli kete import ;-P). N then ke Pesta Flora Kelantan 2009 yang sedang diadakan di Taman Orkid Tengku Anis kat Pengkalan Chepa. Teruja rasanya untuk menembak gambar. Ye ler, dah lama tak outing menembak di tempat acara sebegitu. Tapi takkan ler nak pergi sorang-sorang. Call Azan, kalo dia nak temankan. Damn, dia tak dapat join. Busy kerja katanya.
Ermmm, tiba-tiba teringatkan Arsya! Call dia kalo nak temankan aku ke sana. Tapi katanya nak ke sana esok. Arghhh, aku buntu. Pujuk punya pujuk, akhirnya dia setuju temankan (aku ajak engkau kuar, tak semestinya aku ada perasaan kat ko, ok. Harus ingat itu!). Yay, berduet juga akhirnya! Tak ler malu sangat menembak gambar sorang-sorang kat sana nanti. Hehehe!

Tepat jam 1230 tengahari, pergi ambik Arsya dan drive ke KB. Disebabkan sampai KB agak lewat, rasa tak ada mood ke IPK. Lantak ler, esok boleh follow-up lagi (padahal dah dekat 2 minggu pending). Masa dalam perjalanan ke sana, singgah sebentar kat Hamza Motor. Ingat nak survey dan pandu uji Persona, tapi kereta untuk pandu uji pula tak ada. Sembang lebih kurang dengan encik Sayuti, jurujual kat situ. Akibat mulut manisnya, terus terpesona lalu booking kereta Persona warna silver metallic, RM 100. Aku berkenankan warna solid white atau blueberry tea. Tapi malangnya pengeluaran untuk warna tersebut telah diberhentikan katanya. Pelik, kenapa la Proton menghentikan pengeluaran untuk warna tersebut, walhal mempunyai permintaan yang tinggi. (suwey pertama X[)

Misi seterusnya, pergi ke Maybank untuk cash deposit duit baki yang aku keluarkan semalam, RM 1.7K ke dalam akaun Maybank (pukul 1445). Entah macam mana, tetiba CDM yg aku masukkan duit tersebut jam dan tertera pada skrin "Out of service". Alamak, kenapa la suweynya aku hari ni (suwey kedua ;-/). Bagitahu kerani kat situ. Dia suruh isi 1 form, dan duit tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun aku pada pukul 1600 katanya. Fuhhh, lega bila dia bagi jaminan camtu!

Tanpa buang masa, terus menuju ke Taman Orkid Tengku Anis di Pengkalan Chepa, di mana tempat berlangsungnya Pesta Flora Kelantan 2009. Sedang mencari tempat park kereta di luar kawasan taman tersebut, (pu***ak, pengunjung tidak dibenarkan park kenderaan dalam kawasan taman), hujan mula turun. Sakitnya hati, kereta bersusun di bahu jalan. Mau saja aku carut penganjur pesta tersebut kerana tidak menyediakan tempat park kenderaan dengan sewajarnya. Akhirnya dapat park juga. Tapi kena menapak agak jauh. Huh, suwey!
Hujan renyai-renyai. Terus masuk ke taman tersebut (alahai, acara macam ni pun dikenakan tiket RM 1. Kemut betul). Disebabkan masa yang agak terhad, kami menyusuri juga daripada 1 taman ke taman lain. Nasib baik payung tak tertinggal di rumah. Dalam pukul 1630, teringat akan duit yang aku depositkan kat Maybank Telipot tadi. Nasib baik dapat check akaun on-the-go kat henpon. Mau pitam rasanya, diorang belum depositkan lagi duit yang stuck kat CDM tadi. Cialat punya Maybank. Arghhh, tidakkk! Tetiber rasa down. Nasib baik Arsya ada untuk tenangkan aku yang sedang bercelaru. Agak-agak dah tak enjoy kat taman tu, aku ajak Arsya balik, dan singgah di Maybank tadi.

Dengan tak malunya, aku tanya Arsya bila nak belanja aku makan? Ok, jom makan nasi air yang agak tersohor kat KB katanya. Aku on jer. Apa-apa makanan aku makan kalo orang nak bayarkan. Hehehe! Alah, selalunya aku jer yang belanja dia makan. Apa salahnya kali ni dia belanja aku pulak. Tambah aku sedang down giler-babas masa tu. Dia bawak aku ke kedai nasi air tersebut. Manisnya Madu nama restoran tu kalo tak silap. Kitorang order nasi air, ikan bilis goreng, sorong, telur masin dan sayur kailan ikan masin. Ermmm, not bad. Sedap ler jugak. Ya ler, makan tengah perut kosong katakan. Aku bedal 2 mangkuk nasi air. Tak apa, ada orang nak belanja. Hahahaha!!!

Siap jer makan, singgah kejap di Maybank. Jumpa pakcik jaga kat situ. Aku cerita ler masalah yang sedang menimpa. Dia suruh datang lagi ke bank itu esok. Biasanya makan masa sehari untuk jelaskan bendalah itu katanya. Chebai, cakap tak serupa bikin kerani perasan yang suruh aku isi form tadi! Rasa macam diperbodoh-bodohkan. Ok, tak per. Esok aku datang lagi.

Dalam perjalanan pulang, tetiber kete yang aku pandu tersedut-sedut, bergetar-getar. Walawei, ini yang paling aku tak dapat tolerate. Masalah berkaitan kete. Deswai aku usahakan untuk dapatkan kereta baru secepat mungkin. Pada aku, duit bukan masalah sekarang. Aku sanggup berhabisan duit simpanan, semata-mata untuk mengelakkan perkara yang aku paling benci, kete rosak. Tengok kiri-kanan jalan, semua workshop sudah tutup. Hari dah malam, mana la ada workshop yang buka lagi, kan? Nak tak nak, pandu juga perlahan-lahan. Janji aku sampai umah. Hantar Arsya ke rumahnya. Pastu terus balik ke rumah orang tua. Alhamdulillah, sampai jua aku kat sini. Dah ler, aku nak rehat. Penat beb seharian dilanda malang. Zzz!!!

No comments: