01 April 2009

tuan rumah yang gila!

Kisah ini bukan April-fool. Ini betool betool...

Di pagi yang hening, tetiba terdengar pintu rumah diketuk orang. Pencegah maksiatkah itu? Owh tidak, aku keseorangan di sini. Peminta sedekahkah itu? Lagilah bukan. Aku bukannya orang kaya. Aku masih tertanya-tanya. Siapakah gerangan yang datang mengetuk pintu rumahku pagi-pagi buta begini. Dengan malasnya terpaksa bangun membuka pintu.

Tercegat seorang lelaki bersama isterinya, emaknya dan dua orang anak lelakinya. Tak pernah nampak mereka sebelum ini. Lalu lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai tuan rumah tempat aku menyewa sekarang (aku sewa rumah ni melalui orang tengah). Terkedu giler bila dia bagitahu yang dia nak menetap di rumahnya sekarang, sebab anaknya sudah bertukar sekolah ke Machang, dan mereka akan berpindah ke sini daripada Melaka.

Padahal aku baru jer berpindah kat sini pada 05.02.09. Bermakna tak genap sebulan menetap di sini, dah kena pindah lagi. Engko memang tak berhati-perut. Paling tidak, bagilah aku notis 1 bulan paling kurang. Hari Jumaat ni terpaksa berpindah ke rumah lama kembali. Nasib baik rumah tersebut hanya di sebelah.

Kepada tuan rumah yang bengong, aku harap engkau membaca apa yang aku luahkan kat sini. Engkau memang kejam!!! Tapi tak mengapa, bak kata omputeh, "What comes around goes around." Its just a matter of time, ur day will come. Rasain!!!

No comments: