25 July 2008

Days go by, akhirnya masa yang dinantikan telah tiba. Payday! Petang ni draw separuh duit gaji. Amik kereta merah kat workshop yang telah sekian lama terperap kat situ. Bayar RM 2026 untuk tukar gearbox dan repair power window.
Kemudian ke Kota Bharu, hantar barang kepada Bukhari. Lepas tu ke Tesco, pasang penjimat petrol, MagSaver RM 200. Khabarnya benda alah nih boleh menjimatkan penggunaan petrol sehingga 35%. Entah iya entah tidak. Kita tunggu dan lihat.
Semasa dalam perjalanan pulang, singgah di kedai aksesori kereta, Brothers kat depan KB Mall. Pasang TV kat dashboard. RM 813 termasuk aerial. Lepas nih, harap tidak kebosanan untuk memandu jarak jauh lagi. Memang dahsyat, spent RM 3039 sehari hanya untuk sebuah kereta. Tapi aku tidak punyai pilihan lain...

No comments: