06 June 2010

9 hari cuti...

Bermula pada 28 Mei 2010, aku cuti sehingga 05 Jun 2010. Apply annual leave cuma 3 hari. Tapi aku tak berapa puas hati, kerana hajat di hati mau bercuti di Bali or Phuket tak kesampaian, dek AL diapprove sedikit terlewat. Tambahan pula tak ada kawan yang mau jadi peneman di kala short notice yang diberikan.

Walau apapun, aku rasakan aku telah membuat pilihan yang tepat, dengan bercuti di Penang, pulau Langkawi, Taiping (secara tak sengaja) dan juga di Petaling Jaya (destinasi wajib).

2 hari sebelum berlepas, kuda besiku diservis major dan juga kakinya diseimbangkan. Abes dalam RM 410 major service dan RM 105 buat balancing & allignment tayar.

Maka pada hari2 yang ditunggu-tunggu telahpun tiba. Dalam pada pukul 11.30 pagi bertolak ke Penang, keseorangan. Sepatutnya orang tuaku dan makcikku turut serta ke Penang, tetapi malangnya masing2 ada perkara yang tidak dapat dielakkan. Orang tua perempuanku pula demam. Jadi terpaksalah mengharungi perjalanan yang jauh bersendirian. Aku bertolak agak lewat kerana ada orang datang ke rumah mau melihat fridge yang aku iklankan kat mudah.com.my. Setelah dia blah, cepat2 aku ke gerai buah tembikai saudara pakcikku untuk dikirim kepada anaknya (sepupuku) yang tinggal di Penang. Tapi malangnya gerai beliau ditutup pada hari tersebut. So terpaksalah aku ke rumahnya, yang amat payah aku jejaki dengan hanya berpandukan panggilan telefon. Akhirnya dapat juga kutemu rumahnya. Sepatutnya aku bertolak sekali dengan Eju Dean yang kebetulan mahu ke Sungai Petani pada pagi tersebut. Tetapi agak malang, dia tumpang kereta kawannya dan tak mahu menungguku untuk konvoi bersama-sama menuju ke Utara. Tak apalah sahabat. Aku tidak diperlukan. Aku mengerti itu. Terpaksalah meredah hutan melintang menuju ke Grik keseorangan, yang pertama kali aku pandu melalui lebuhraya tersebut.

Lebih-kurang pukul 5.00 petang sampai jua di rumah sepupuku, Biby di Balik Pulau. Seronok tak terkata sebab selamat sampai ke destinasi yang dituju. Maaflah B, aku dok sekejap sangat umah ko.

2 comments:

DeaN said...

"aku tak di perlukan"
rasa bersalah..
bro, sorry sesangat..=(

adrilamak said...

yalah sepupu...tak apo2,next time plop mari bwk rombongan cik kiah baru leh dok lamo skit :P