24 May 2010
Hari itu itu itu...
Ermmm, tatau camner mukadimah nak menaip semula, selepas lebih 1 tahun tak mengarut kat sini. Well, lately aku ada banyak aktiviti kat luar. 16 Mei aritu pergi muzium negeri Kelantan, dengan x-schoolmate, Arsyafiera. petangnya rancang nak ke taman burung Kuala Krai, tapi tak semena-mena hujan turun. So next day, selepas dipastikan tiada panggilan untuk kerja, so pergilah kami ke Taman Burung Kuala Krai. Tapi sebelum tu sempat lagi paw dia makan tengahari kat KFC Kuala Krai. Asyek dia jer yang paw aku, mana buleh kan? sekali-sekala apa salahnya dia plak yg belanja aku makan. lagipun dia baru jer dapat elaun katanya. mekasih la sebab sudi belanja makan.
Sampai kat Taman Burung Kuala Krai dalam pukul 3.30 petang. lagi sejam taman burung tu akan ditutup. Teruja tatkala memasuki perkarangan taman burung tu. banyak binatang lain jugak, bukannya burung semata-mata. tapi memang tak puas hati jugaklah, dalam masa 1 jam tak dapat menjelajah ke seluruh pelusuk taman burung tersebut. pada hari itu, aku rasa akulah orang yang pertama dan yang terakhir keluar daripada taman burung tu. Maklum ler, hari kerja katakan.
2 hari lepas pulak Arsyafiera ajak makan KFC kat Tanah Merah, tapi aku menolak, sebab sebelah malamnya aku ada meeting FE Kelantan di restoran New Horizon Garden kat Wakaf Che Yeh. Pikir punya pikir, baik makan mee rebus jer, sebab malam ni kompeni nak belanja fine dine. so baik aku simpan ruang perutku untuk diisi ngan makanan malam ni. Wakaka!
Dalam pukul 8.00 malam terus ke restoran tersebut. Punyalah susah nak park kereta, terpaksa park di seberang jalan dan betapa susahnya nak cross jalan 5 lane setiap hala. Huh, seksa! Menu makan malam tersebut adalah nasi putih lauk ikan siakap tiga rasa, udang masak tepung, tomyam thai dan kangkung masak tepung. Sangat sedap, dan bertambah sedap kerana dibiayai oleh syarikat. Kalau dah makan free tu, makanan kat warung tepi jalan pun sedap. Apatah lagi restoran yang boleh dikatakan agak ekslusif ini. Dessert plak peach custard n pudding. perghhh, perut betul-betul penuh malam tu. habis je makan, sesi mesyuarat yang agak informal bermula. bukan mesyuarat sebenarnya, juz chit-chat between FE and our boss. Abis jer meeting, terus balik umah. Sampai pada pukul 12.00 malam. mata dah rabak sebenarnya, tapi masih tak dapat lelap. so selak muka buka (facebook), baca gosip daripada kawan2.
Semalam cuti. Petangnya pergi servis kereta yang sudah terlebih kilometer sebanyak +-3000 km. major servis. overall rm 417.10. Duit dalam wallet betul2 x cukup. sibaek boleh hutang (kad hutang). kalo tak, maunya nak kena pusing sana untuk ke sini, mencari ATM. huhuhu! Pastu buat allignment dan balancing tayar. 2 kali kena buat. melayang lagi RM 104.00. siap jer servis, pergi ke Tesco. Keluarkan cash. Pastu balik umah, singgah makan nasi lemak puyuh goreng kat Kok Lanas. Tak adalah sedap sangat rasanya. Yang lagi tak sedap, terpaksa belanja untuk seseorang. adehhh!!!
Arini ada call kat Gua Musang. Taopi kurasakan kuda besiku masih tak sempurna seperti sebelum buat allignment semalam. Menyampahnya aku.
itu saja kot untuk kali ini. aku betul2 tiada idea untuk menulis. bencik!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment