04 April 2009

Sabtu yang sengal

bangun tidur pagi tadi, terus kemaskan apa-apa yang patut. Lepas tu sambung tidur sehingga tengahari (malam tadi tak dapat tidur lena, nyamuk punya pasal.)

Petangnya pergi ke site, Petronas di Jeli. Sampai saja kat site, hujan turun dengan lebatnya secara tiba-tiba. Terpaksa tunggu sampai hujan berhenti. Dalam 20 minit menunggu, matahari menampakkan diri. Panas sangat la pulak. Cuaca betul-betul tak menentu sekarang.

Habis saja kerja, terus memandu ke bandar Tanah Merah, menuju ke Maybank. Transfer RM 1.7K ke akaun Za. Dia perlukan duit nak beli laptop baru. Laptop lamanya rosak, mungkin terhempas dalam bas masa balik kampung tempoh hari agaknya. Dengan banyak soal, akhirnya aku setuju pinjamkan duit untuk beli laptop baru. Padahal tinggal hanya sebulan lebih lagi nak grad. Kalau ikutkan hati aku, tak mau bagi dia beli laptop baru. Memandangkan Ayu akan melanjutkan pelajaran pada bulan 5 ni, aku akur ngan kehendak Za. Nanti boleh Ayu guna katanya. Apa-apa jelah. Asalkan korang bahagia.

Sebelum balik ke rumah, singgah sekejap kat CIMB Machang. Draw RM 1.9K (kasi kt orang tua RM 100), sebab cadang nak survey kete baru kat KB esok, selepas siap kerja kat IPK. Dah tak tahan rasanya dengan kereta yang aku guna skarang. Lepas masalah ni ok, masalah lain pulak timbul. Minggu lepas baru perasan minyak brek bocor kat depan tayar sebelah kanan. Harap segalanya berjalan dengan lancar esok. Kalau ada masa terluang, mau rasanya ke Pesta Flora Kelantan yang sedang diadakan di Taman Orkid, Pengkalan Chepa. Tapi tak ada siapa la pulak yang nak temankan aku ke sana.

Nyamuk oh nyamuk!

Bila nyamuk berdengung di telinga, comforter yang tebal, hatta tilam King-koil dan bantal Dreamland yang empuk sudah tak bermakna lagi.

Jarum jam dindingku yang bengkok hampir menunjukkan pukul 3.00 pagi. Tapi aku masih tak lena tidur, gara-gara terlupa nak pasang ubat nyamuk yang entah ke mana aku letakkan masa pindah barang petang tadi. Hampeh!

Geramnya aku, habis bengkak dan gatal 1 badan kerana digigit dek nyamuk. Memang tak mustahil wujudnya simpulan bahasa, "marahkan nyamuk, kelambu dibakar". Mau saja rasanya aku bakar rumah ni. Biar semua nyamuk tersebut menderita kepanasan. Kalau aku dapat engkau, akan kugentel engkau lumat-lumat. Rasakan engkau wahai nyamuk yang durjana!

03 April 2009

Nevermind 3299, here comes 3298

Exhausted!!! That's the only word I can say. I'd moving again today, from Lot 3299 to Lot 3298.

Ermmm, sebelum terlupa, nak catitkan di sini bahawa hari ini merupakan sejarah bagi Malaysia kerana orang nombor 1 negara ni bertukar pucuk pimpinan. Abdullah Badawi meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri kepada Najib pipi tembam. Ini bermakna Najib Tun Razak merupakan PM ke 6 Malaysia. Harapanku, semoga Malaysia bertambah baik di bawah pimpinan Najib bibir besar dengan slogannya "Satu Malaysia". Syabas Najib. Opsss lupa, syabas kepada diriku jugak kerana berjaya berpindah rumah untuk kali kedua dalam masa sebulan. Hampeh!

01 April 2009

KAWAN


Sejak dua menjak ni, suka sangat mendengar lagu-lagu lama daripada Plague of Happiness. Layan sambil goyang. Mungkin aura punk raggae mereka selalu membuatkan kepala, badan goyang melayan lenggok lagu mereka, dapat melupakan segala kekusutan buat sementara. Dengan ini, dipersembahkan lirik lagu yang menjadi kesukaanku. Terimalah....


KAWAN

Aku memang tak reti
tunjuk engkau semua menari
tapi Engkau tak usah henti
pandai tak kan datang berlari
mimpi aku tak semua indah
semangat rakan janganlah pudar
hidup memang banyak kerenah
cerewet hidupmu akan susah.

Janganlah berundur
ini bukanlah masanya
tak kuasa aku
menghadapi ini semuanya
sendirian begini
tak mampu berdiri tinggi
tanpa mu disisi
wahai kawan.

Satu lagi nak pesan
busuk hati janganlah simpan
nasihat untuk rakan dan taulan
simpan semua jadi panduan
sudah 24 tahun
ilmu didada aku susut
kalau berkat tak datang turut
sampah sarap datang berduyun.

tuan rumah yang gila!

Kisah ini bukan April-fool. Ini betool betool...

Di pagi yang hening, tetiba terdengar pintu rumah diketuk orang. Pencegah maksiatkah itu? Owh tidak, aku keseorangan di sini. Peminta sedekahkah itu? Lagilah bukan. Aku bukannya orang kaya. Aku masih tertanya-tanya. Siapakah gerangan yang datang mengetuk pintu rumahku pagi-pagi buta begini. Dengan malasnya terpaksa bangun membuka pintu.

Tercegat seorang lelaki bersama isterinya, emaknya dan dua orang anak lelakinya. Tak pernah nampak mereka sebelum ini. Lalu lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai tuan rumah tempat aku menyewa sekarang (aku sewa rumah ni melalui orang tengah). Terkedu giler bila dia bagitahu yang dia nak menetap di rumahnya sekarang, sebab anaknya sudah bertukar sekolah ke Machang, dan mereka akan berpindah ke sini daripada Melaka.

Padahal aku baru jer berpindah kat sini pada 05.02.09. Bermakna tak genap sebulan menetap di sini, dah kena pindah lagi. Engko memang tak berhati-perut. Paling tidak, bagilah aku notis 1 bulan paling kurang. Hari Jumaat ni terpaksa berpindah ke rumah lama kembali. Nasib baik rumah tersebut hanya di sebelah.

Kepada tuan rumah yang bengong, aku harap engkau membaca apa yang aku luahkan kat sini. Engkau memang kejam!!! Tapi tak mengapa, bak kata omputeh, "What comes around goes around." Its just a matter of time, ur day will come. Rasain!!!

31 March 2009

Mampoos!!!


Owh man, this is fcuking crazy!!!

Baru jer habiskan PM dan upgrade sistem kat Petronas service station semalam, hari ni dah dapat e-mail untuk untuk upgrade sistem lagi, yang dijangka akan bermula pada 17 Aril - 31 April 2009. Hey, kitorang bukannya robot! Bagilah kami masa dan ruang. Penat kerja semalam tak habis lagi, dah ditambah beban yang baru. Dah ler aku ada banyak pending task sana-sini. Mampoos ler camni. Grrrr!!! X-(

29 March 2009

Ku kembali!!!

Yay, kini aku kembali lagi, setelah sekian lama tak dapat login kat sini (lupa user name n password. Nyanyuk betul. hehehe!!!)
Aku yang sengal! XD