23 September 2008

Gerammm!!!



Grrr, geram betul rasanya! Nak buat kerja pun susah. Lappie aku semakin hari semakin teruk. Flickering memanjang. Tergedik-gedik. Kalo sebelum ni, ketuk-ketuk manja kat skrin dah ok. Tapi sekarang, ketuk-ketuk marah jadi semakin teruk. Punca terjadi macam ni sebenarnya sebab drop dalam kereta minggu lepas. Sedang asyik memandu, entah macam mana minah sorang ni bleh tetiba overtake keta aku kt sebelah kiri, then dengan sewenang-wenang cipan dia membelok masuk sebelah kanan, tanpa memberi signal. Aku dah dekat giler dan nak terlanggar budak pompuan bahalol tu. Nasib baik sempat emergency break. Dia plak bleh buat bodoh je. Memang bodoh pun budak tu. Sekali tengok kat belakang, beg lappie dah terjatuh atas lantai. Adusss, tak dapat diselamatkan! Memang bengang giler time tu. Tengok budak bahalol tu dah blah. Kalo tak, maunya aku maki habis-habisan kat situ juga. Puasa tak puasa, bila amarah dah memuncak, sesiapa pun tak boleh halang. Geram betul aku kat budak tu.

Petang tadi melawat sepupuku, Biby yang bersalin anak sulung. Dapat baby perempuan. Lupa pulak namanya. Kalau maknya pun dah sehektar panjang namanya, anaknya apa lagi. Sebenarnya dah masuk 3 minggu dia bersalin. Tapi disebabkan segan nak melawat sorang-sorang, hari ini baru tergerak hati nak ke sana. Itu pun sebab Arsyafiera yang ajak. Ajak Za, dia pun on je. Ok le, boleh buat teman. Kalau tak, haram aku nak ke sana sorang-sorang.

20 September 2008

hari ini, pagi-pagi lagi bangun, dalam pukul 0500 amik Za yang baru balik dari UKM. Pening kepala dibuatnya, pasal tidur tak cukup.
Pastu hantar kereta biru ke workshop. Terbang RM 160, tukar starter dan belah radiator. Pegi site kat Kota Bharu naik motor. Nasib baik cuaca mendung sepanjang hari.
Petangnya kereta dah siap, then terus ke site kat Jerteh. Berbuka puasa kat site lagi. Balik umah tak dapat tidur. Keja bertimbun-timbun lagi kena siapkan. Alahai, tak dapat tidur awal lagi malam ni. Sibuknya diri ini. Dah macam tak terurus...

19 September 2008

kau pergi jua

baru sampai umah bujang sejak 3 hari sibuk kat site. 6 ekor ikan mati dalam akuarium.

18 September 2008

ku kembali...


hurmmm, lebih kurang seminggu tak dapat login kat blogger, akhirnya dapat jugak aku kembali ke sini. Rupa-rupanya nak kena register balik e-mail address kat google, baru dapat login. Patutlah tak asyik username error je sebelum ni. Sengal dan menyusahkan betul...

Apa-apapun, semalam adalah hari yang paling aku tak suka, termasuk hari ini. Aku amat mengantuk dan letih. Namun terpaksa datang ke site semula (walaupun aku cuti hari ini), menyambung kerja semalam yang tak dapat disiapkan. Sampai bila la agaknya server ni error dan tidak up ni. Hilang akal aku dibuatnya untuk trouble-shoot masalah yang memang ganjil bagi aku yang baru setahun jagung kerja dalam bidang ni. Memang mencabar minda. Nak tak nak, terpaksa kena buat. Macam sial je rasa. Ada senior pun, tak boleh nak tolong.

06 September 2008

Enuff is enuff

Sori ar kawan, sebab aku dah tak layan sms dan panggilan telefon daripada kamu. Aku dah muak berkawan dengan orang yang suka mengambil kesempatan di atas kebaikan / kelemahan aku. Aku takkan bagi muka lagi kepada orang yang berkawan semata-mata kepentingan sendiri. Sekarang aku rela tak mempunyai kawan daripada berkawan dengan orang yang busuk hati seperti kamu. Well, we’ll see who is survivor. Enough is enough!!!

Jauh perjalanan, amat memenatkan

Hari ni overall travel sejauh 411 km. Dari Machang ke Kota Bharu, dari Kota Bharu ke Jeli, dari Jeli ke Pengkalan Chepa, dari Pengkalan Chepa ke Jerteh dan balik umah. Nasib baik sempat berbuka puasa kat umah. Itu pun sampai ketika azan Maghrib dah nak habis. Tak sempat beli juadah kerana hujan amat lebat. Malamnya pula pergi ke Melor. Pukul 11.30 malam baru sampai umah. Kemudian siapkan report kerana kena submit ke HQ esok. Hari ini amat meletihkan. Tapi nasib esok cuti.

Epi Besday

happy birthday for the special one. Wishing all ur dream 2 come true.
(sorry, no birthday's sms because i know the wishes won't longer in ur phone. By here, ur birthday wishes will last forever. Btw, birthday's card sent already on 2nd Sept)